“Takut La Mama” – Anak Menjerit, Menangis Ketakutan Dibawa Ke Kedai Makan Dikelilingi ‘Hantu’

 

Pelbagai tarikan dibuat peniaga untuk menarik minta pelanggan datang ke restoran dan salah satunya menampilkan pengalaman seram iaitu dengan kehadiran ‘hantu’ buat pengunjung.

Terbaru, tular sebuah video di mana dua orang kanak-kanak menjerit dan menangis ketakutan ketika berkunjung ke sebuah kedai makan.

Menerusi video tersebut kelihatan ‘hantu’ datang dari arah belakang kanak-kanak tersebut.

“Takut la mama”, jeritnya.

Kelihatan ibu kepada dua kanak-kanak itu cuba menenangkannya dengan menyuruh pekerja yang berpakaian seperti hantu itu beredar.

 

Tindakan ibu bapa tersebut yang membawa anak-anak mereka ke situ mengundang rasa kurang senang netizen.

“Kesian budak tu. Mesti trauma lepasni,” tulis kapsyen pada video yang tular.

Ada juga yang mempersoalkan pengalaman makan dengan rasa takut di situ.

“Tak faham aku, orang pergi makan nak santai-santai ni pergi makan nak dapat feel takut. Apa faedah tah.