Perut Membusung dan Badan Busuk, Individu Mengaku Hantar Santau Pada Adik Ipar

 

Hanya disebabkan tidak puas hati adik ipar pergi bercuti, habiskan duit, beli emas dan tiada ikhtiar untuk dapatkan zuriat, seorang indvidu tergamak menghantar santau kepada adik iparnya.

Individu tersebut membuat pengakuan itu melalui ngl link yang ditangkap layar dan dimuat naik ke aplikasi X.

Tujuan individu tersebut menghantar perkara terkutuk dan bertentangan dengan ajaran Islam itu bertujuan untuk membuatkan adik dan adik iparnya bergaduh. Namun tidak menyangka kesan tindakannya itu membuatkan adik iparnya berhenti kerja, perut membusung dan badan berbau busuk.

“Aku santau adik ipar aku, mula niat aku just nak dia sakit sikit dan gaduh dengan adik aku je

“Sebab ye lah dah 2 tahun kahwin asyik pergi travel dengan adik aku, sana sini habiskan duit, beli emas.

“Anak tak reti ikhtiar pun. Aku ni anak pun dah 3,” tulisnya

Bagaimanapun, individu tersebut mulai takut perbuatannya itu akan terdedah dan ingin menarik balik sihir yang dihantar itu. Tambahan pula adik iparnya merupakan seorang anak yatim.

“Tapi sekarang aku tak tahu macam mana nak tarik balik sihir tu

“Possible ke kantoi aku yang hantar? Sumpah aku takut kalau adik kau tahu aku yang hantar

“Aku nak tarik balik sihir tu sebelum diaorang check,” dedahnya.

Tangkap layer tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya dan mengelar tindakan individu tersebut.