“Lepas Beli Tapis Dulu” – Bangkai Cicak Penuh Dalam Botol Kicap

 

Seorang pengguna platform X terkejut apabila menemui beberapa bangkai cicak daripada botol kicap milik kakaknya.

Menerusi gambar yang dimuat naik, terdapat beberapa ekor cicak yang sudah disaluti kicap tersebut.

“Pada peminat kicap, kalau boleh lepas beli tu tapis la dulu dan masukkan dalam botol lain.

“This was found by my sister dalam botol kicap dia. Kicap famous dari seberang sana,” tulisnya pada ciapan tersebut.

 

Menjengah ke ruangan balas, terdapat netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dengannya.

“Kak ipar aku penah kena..” kongsi seorang pengguna X sambil berkongsi gambar.