Kapal terbang terbesar di dunia, Antonov AN-225 ‘Mriya’ hancur dibedil Rusia

KINI hanya tinggal kenangan, terbang terbesar di dunia iaitu Antonov AN-225 dilaporkan hancur dibedil Rusia semalam.

Memetik laporan CNN Indonesia, perkara itu disahkan oleh pejabat pemerintahan Ukraine sendiri.

Pesawat yang menjadi kegemaran peminat penerbangan itu digelar Mriya yang membawa maksud ‘mimpi’ dalam bahasa Ukraine.

Antonov AN-225 dilaporkan yang musnah dalam serangan terhadap lapangan terbang di Kyiv dikatakan sedang dalam proses baik pulih sejak 24 Februari lalu.

Pesawat memiliki 6 unit ‘turbofan dan mampu mengangkut beban hingga 250 tan.

Malah ia memiliki sayap terpanjang di dunia.

An-225 terbang buat pertama kali pada tahun 1988.

Ia dikatakan hanya dibina dua unit, namun sebuah lagi dikatakan tidak pernah disiapkan pembinaannya.

Untuk rekod, pesawat ini pernah mendarat di Malaysia pada tahun 2007, 2016 dan kali terakhir pada tahun April 2018.

Malaysia dikatakan satu-satunya negara ASEAN yang pernah dilawati oleh pesawat ini.

Sumber: CNN Indonesia