Kanak-kanak 2 tahun antara mangsa COVID-19 di Kelantan

Cukup berat ujian yang menimpa kanak-kanak berusia 2 tahun 4 bulan ini.

Di usia semuda ini dia bukan sahaja menghidap kanser darah, tetapi juga turut dijangkiti COVID-19 menjadikan adik Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee mangsa termuda positif di Kelantan.

Melalui Facebook Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA) Kanak-kanak itu yang sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun terpaksa menangguhkannya selepas ujian darah yang dilakukan mendapati kanak-kanak itu positif COVID-19.

“Mohon doakan anakanda Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee, 2 tahun 4 bulan yg disahkan positif virus Covid19.

“Fateh, penghidap kanser darah Leukemia , sepatutnya menjalani kitaran kimoterapinya mengikut jadual di HUSM Kubang Kerian, namun ujian darah yang dilakukan mendapati dia dijangkiti Covid19,” sementara itu orang ramai juga diminta mendoakan kesihatan Fateh agar segera sembuh