FINAS Lulus Permohonan Ahmad Idham Pendekkan Kontrak CEO

Sumber - Facebook

KUALA LUMPUR: Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerima dan meluluskan, permohonan Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Idham Ahmad Nadzri, untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan kepada 10 Mac tahun depan.

Unit Komunikasi Korporat Finas dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pemendekkan tempoh kontrak perkhidmatan tersebut atas sebab peribadi.

“Justeru, Finas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Idham atas segala sumbangannya, sepanjang berkhidmat sebagai CEO Finas,” menurut kenyataan itu.

Finas juga turut mendoakan kejayaan beliau pada masa hadapan.

Ahmad dilantik sebagai CEO bagi tempoh 2 tahun berkuat kuasa 11 Mac tahun ini.