‘Sepandai-pandai Datuk Seri lompat pagar SPRM, akhirnya dicekup juga’

SELEPAS 15 hari melarikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober lalu, Goh Leong Yeong @ Alvin yang terbabit dengan kegiatan Macau Scam, judi dalam talian dan pengubahan wang haram ditahan polis, pukul 1.20 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek ditahan bersama seorang wanita di luar Lembah Klang.

“Suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman.

“Suspek dikehendaki polis berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

ALVIN (gambar) ditahan bersama seorang wanita di luar lembah Klang awal pagi tadi.

Difahamkan, Alvin ditahan di Genting Highland susulan operasi khas diadakan polis yang memburu suspek.

Pada 11 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan suspek dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek terdiri daripada dalang utama serta dua anggota polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Sebelum ini anggota polis berpangkat koperal serta lelaki bergelar Datuk direman selama 21 hari bermula semalam sehingga 3 November depan bagi membantu siasatan kes perjudian atas talian di Cheras.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek berusia 34 hingga 39 tahun dikeluarkan Majistret S.Mageswary kira-kira pukul 11 pagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, SPRM membongkar kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal memulakan perniagaan.

Ini susulan tangkapan lima individu termasuk Datuk dan lelaki bergelar Datuk Seri palsu pada 3 Oktober lalu oleh SPRM selepas seorang selebriti terkenal dipanggil untuk dirakam percakapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki mendedahkan, pihaknya menahan 20 individu termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China, selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.

SPRM juga membekukan kira-kira RM101 juta daripada 736 akaun bank dan menyita wang tunai RM5 juta serta merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan.

Sumber: Harian Metro

Most Popular

**DIKEMASKINI: Didakwa terlibat kes rogol, cabul serta seks luar tabii, enam laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti

PENDAKWAH selebriti yang kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol seorang kenalannya, dilaporkan terlibat dengan satu lagi kes dakwaan...

Susulan suspek warga Nigeria campak cucu dari tingkat 3 – sakit mental atau ajaran sesat?

TERLIBAT ajaran sesat ataupun menghidapi masalah mental? Itu dua kemungkinan berhubung suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga...

Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan. Kru kabin...

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...