Barisan Nasional takluk PRN Johor

BARISAN Nasional (BN) berjaya mempertahankan negeri Johor selepas memperoleh majoriti mudah dengan menang 29 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata BN yang dianggotai oleh UMNO, MIC, dan MCA berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus kerusi dipertandingkan.

“Setakat 11 malam, BN telah memenangi 29 kerusi daripada 56 kerusi. Sehubungan itu BN berjaya memperoleh satu majoriti melebihi 50 peratus daripada kerusi dipertandingkan,” katanya pada sidang ketika mengumumkan keputusan PRN Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini pada Sabtu.

PRN Johor diadakan selepas DUN negeri dibubarkan pada 22 Januari lalu.

Selain Johor, BN sebelum ini turut memenangi PRN Melaka dengan 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan