Pengguna iPhone di Malaysia akhirnya nikmati capaian 5G bermula hari ini

PENGGUNA peranti iPhone akhirnya dapat menikmati capaian 5G apabila Apple telah memperkenalkan kemaskini iOS 16.2 awal pagi tadi.

Bagaimanapun hanya peranti yang menyokong capaian 5G dapat menikmati kemudahan itu.

Senarai peranti yang menyokong capaian berkelajuan tinggi itu adalah:-

iPhone 14 

iPhone 14 Plus 

iPhone 14 Pro 

iPhone 14 Pro Max 

iPhone 13 

iPhone 13 mini

iPhone 13 Pro 

iPhone 13 Pro Max 

iPhone 12 

iPhone 12 mini 

iPhone 12 Pro 

iPhone 12 Pro Max

iPhone SE(2022)

Namun 5G masih tidak boleh didapati di kebanyakan kawasan di Malaysia.

Hasil tinjauan penulis di beberapa forum, hanya rangkaian Digi, U Mobile dan Celcom sahaja yang menawarkan sokongan untuk rangkaian 5G di Malaysia buat masa ini, sementara Yes dan Unifi Mobile dilihat masih tidak menawarkan sokongan walaupun menggunakan infrastruktur DNB yang sama.

Ia sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk menikmati internet berkelajuan tinggi dengan kadar pendam rendah melalui iPhone.

Muat turun iOS 16.2 mengambil masa sekitar 10-20 minit bergantung kepada capaian kelajuan internet pengguna.

Seperti kebiasaan, pengguna dinasihatkan menggunakan capaian internet yang stabil semasa proses kemaskini.