Kad Touch ‘n Go NFC mula dijual, kini pengguna boleh tambah nilai guna telefon bimbit!

FOTO: SoyaCincau

KAD baharu Touch ‘n Go dengan fungsi Near Field Communication (NFC) secara rasminya sudah boleh digunakan pengguna pada Jumaat.

Hanya perlu kemas kini aplikasi eWallet anda ke versi terbaharu dan anda sedia menikmati fungsi NFC ini, lapor Wiser.

Butang khas berlabel ‘TNG Card’ kini dipaparkan pada halaman utama TnG eWallet berbanding versi terdahulu yang tersorok dalam butang ‘Toll’.

Tekan sahaja sahaja ‘TNG Card’, senarai kad Touch ‘n Go anda yang lain turut tersenarai.

Paparan baharu aplikasi eWallet

Untuk tambah kad NFC yang baru ini, tekan simbol tambah dan letakkannya di belakang telefon.

Untuk membeli kad NFC terbaru dan menyemak status pesanan, anda boleh tekan ‘Order Touch ‘n Go / Check status’.

Anda perlu membayar sebanyak RM15 keseluruhannya, termasuk harga kad RM10 manakala RM5 untuk caj penghantaran.

Seperti biasa, RM10 tersebut hanya untuk kad dan tidak dimasukkan ke dalam kredit.

Selain membelinya melalui aplikasi, anda juga boleh dapat melalui kedai runcit, stesen minyak Petronas dan Shell terpilih.

Klik sini untuk senarai kedai yang menawarkan jualan kad terbaharu ini.

Sumber: Wiser