Wan Sharmila akhirnya dedah status hubungan dengan Syazwan Zulkifly selepas tular terima cincin

AKTRES Wan Sharmila akhirnya membuka mulut tentang status hubungannya dengan pelakon Syazwan Zulkifly.

Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 39, berkata dia dan Syazwan tidak pernah menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain kerana sudah lama membina persahabatan sebagai rakan biasa.

Dia bagaimanapun menjelaskan mengambil permintaan peminat yang mahu melihat mereka menjalin hubungan kekasih daripada sudut positif.

Pemberian cincin sekadar review produk.



“Itu sekadar review produk sahaja dan tiada apa yang istimewa. Hubungan saya dengan Syazwan tidak lebih sebagai kawan sahaja dan selesa macam ni. Memang tak menyimpan perasaan istimewa pun.

“Sebenarnya saya tak kisah kalau peminat suka melihat kami berdua. Saya terima dan bersyukur dengan apa yang jadi selepas gandingan kami dalam drama itu.

“Saya ambil secara positif sahaja dan dapat rezeki lebih besar. Bagi saya, peminat letakkan harapan setinggi gunung untuk saya dan Syazwan pun tak kisah tapi hanya untuk drama saja,” kata Wan Sharmila.

Peminat teruja untuk melihat Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly menjalin hubungan cinta.


Menerusi laporan mstar bulan lalu, Syazwan, 33, menjelaskan dia tidak pernah berasa rimas dengan permintaan tersebut dan beranggapan lakonan mereka memberi impak mendalam kepada peminat.

Wan Sharmila juga mengakui dia masih lagi tidak mempunyai kekasih namun bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang yang ikhlas menerimanya.

Sumber: mstar