MUA Blackpink dedah rahsia betapa susahnya nak touch-up wajah Rose – “Kulit Rose ibarat putih telur”

JURUMEKAP bagi kumpulan sensasi Korea Selatan, Blackpink, mendedahkan tugas untuk tatarias wajah salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Rose merupakan satu tugas yang sukar!

Individu yang dikenali sebagai Lee Myung Sun itu menjelaskan perkara itu dalam satu sesi temu ramah majalah wanita.

Dia berkata demikian selepas menjawab soalan tentang perbezaan yang dilihat ketara apabila Rose muncul dalam klip video lagu solo pertamanya berjudul On The Ground.

Pendedahan Lee Myung Sun dalam satu temu bual.


“Kulit Rose bagaikan putih telur. Ia sangat licin namun menyukarkan kerja tatarias. Lubang pori di wajah Rose sangat kecil sehingga foundation tidak dapat melekat dengan baik.

“Saya perlu letak bedak asas dengan cepat agar ia sekata dengan baik di kulit Rose.

Lee Myung Sun turut mendedahkan, wajah Rose tetap jelita tanpa sebarang solekan.

“Saya nak sahkan, wajah Rose tetap cantik ibarat seorang puteri walaupun tanpa sebarang solekan.

Sumber: Koreaboo