Uyaina Teruja Dapat Hadiah Untuk ‘Baby’ Dari Raja Permaisuri Agong

 

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Sri Pentas, hari ini.

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad sempat bertemu dengan Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong ketika baginda berdua berkunjung ke Seri Pentas.

Dalam satu video yang dimuat naik, Uyaina berkongsi momen manis bersama baginda berdua.

 

“Saya yang sedang mengandung sekarang. Doakan saya. Dah lima bulan,” ucapnya dalam video tersebut.

Raja Permaisuri Agong juga turut berkenan berkongsi rezeki buat bayi yang bakal lahir nanti saat diberitahu pelakon tersebut yang dirinya sedang hamil lima bulan.

“Raja Permaisuri siap bagi duit untuk baby lepas dapat tahu yang Uyaina mengandung. MashaAllahh rezeki baby. Alhamdullilah

“Terima kasih Tuanku dan Raja Permaisuri Agong atas kunjungannya. Semoga dipanjangkan usia dan sentiasa diberkati Allah,” tulis Uyaina.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)