Lelaki dan Wanita Ditemui Muat Terperangkap Dalam Stor

Seorang lelaki dan seorang wanita ditemui mati selepas terperangkap dalam sebuah stor menyimpan tong karbon dioksida. Kejadian berlaku di sebuah kawasan pembinaan di Likas pada Rabu.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Mohammad Hannis Moktar pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.22 pagi.

“Menurut laporan terdapat dua mangsa lelaki dan wanita terperangkap dalam bilik simpanan tong karbon dioksida.

“Pasukan bomba segera melakukan operasi membuka pintu bilik tersebut dengan menggunakan peralatan khas dan sebaik pintu berjaya dibuka, kedua-dua mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia,” jelasnya.

Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa belum diketahui setakat ini.

Sumber : Sinar Harian