Mempunyai pengalaman di tanah suci Mekah yang mungkin akan memudahkan pengikutnya di laman Instagram, pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi tip istimewa bagi memudahkan mereka yang mahu menunaikan solat sunat dengan tenang di Raudah.
Selain perlu mempunyai tenaga yang cukup, kongsi Umie tidur juga memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan solat dalam keadaan yang tenang.
“Assalammualaikum… me nak kongsi sikit cara masuk raudah dengan mudah.. InsyaAllah..
1) lepas isyak kena tido.. untuk kumpul energy malam nanti.
2) 12.30 malam pergi masjid utk last group masuk ke raudah. Masa ni masih lagi ramai orang.
3) bila last group dibenarkan masuk.. jangan berebut2 dan berlari2 … tenang2 je. Take ur own sweet time.
4) banyakkan berzikir selawat keatas nabi.
5) tiba di raudah.. masih ramai org kan.. jadi biarkan mereka solat.. you all bole mengaji , zikir & solat tahajud dulu di luar raudah. Dan rasanya dalam pukul 1.20 pintu akan ditutup.
“Masa itulah.. keadaan raudah sangat tenang dan InsyaAllah.. dapat buat beberapa solat yang you all mahukan. Segalanya dengan izin-NYA… percaya pada rezeki dari Allah. Saya mendoakan kita semua sentiasa didalam rahmat-NYA dan diberkati-NYA. Aamiin… Semoga tips ini dapat membantu jemaah semua. InsyaAllah..
#salamjumaat #raudah #madinah,” kongsinya.