Terima Baik Gesaan Mufti, Konsert Siti Nurhaliza Tetap Diteruskan Kumpul Dana Untuk Palestin

Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Instagram miliknya mengambil baik gesaan dari Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor yang menyarakan agar Konsert Sebuah Epitome : Saya Siti Nurhaliza ditunda bagi menghormati bulan Ramadan yang bakal tiba.

Wan Salim juga mencadangkan agar konsert tersebut ditunda ke tarikh lain, umpamanya selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun, menurut kenyataan dari pihak Yayasan Nurjiwa, konsert tersebut tidak boleh ditunda lagi memandangkan hanya tarikh 9 March sahaja Perbadanan Stadium Nasional boleh tawarkan kepada pihak Yayasan Nurjiwa memandangkan tarikh lain sepanjang 2024 telah pun penuh.

Yayasan Nurjiwa juga menjelaskan konsert tersebut bukanlah konsert berkepentingan perniagaan dan keuntungan namun ia merupakan badan amal untuk mengumpul dana bagi mereka yang memerlukan.

“Tujuan konsert Sebuah Epitome : Saya Siti Nurhaliza adalah untuk mengutup dana bagi menampung lima kluster kerja-kerja kebajikan iaitu kebajikan, kemanusiaan, keagamaan, Pendidikan dan bantuan khas Palestin

“Segala hasil kutipan tiket daripada pementasan konsert Sebuah Epitome : Saya Siti Nurhaliza akan disalurkan ke lima-lima kluster berkenaan,” menurut kenyataan tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)