Siwon Super Junior timbulkan persoalan peminat, gara-gara sokong Donald Trump?

BARU-BARU ini, kecenderungan penyanyi dan pelakon, Choi Siwon menjadi topik perbincangan hangat kalangan peminat di media sosial gara-gara tangkap layar yang dikongsi oleh seorang pengguna.

Gambar tersebut menunjukkan bahawa anggota Super Junior berkenaan menyukai sejumlah perkongsian di Instagram khusus untuk bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Seperti yang diketahui oleh segelintir peminat, Siwon sebelum ini dikenali sebagai seorang yang obses pada Ronald Reagen tetapi mereka tidak pasti mengenai obsesi Siwon yang terbuka dengan Make America Great Again (MAGA).

Dalam pada itu, terdapat beberapa peminat yang setuju dan tidak terkejut dengan khabar tersebut selain ada yang memandang sinis dengan sikap Siwon yang gemar menyokong Donald Trump dan penyanyi Ted Cruz.

Terdahulu, Siwon pernah mengejutkan orang ramai melalui biografi yang ditulis pada media sosialnya yang menyatakan bahawa dia adalah seorang ‘suami’ dan ‘ayah’.