Sign Kontrak 700K Pendengar, Bila 3 Juta Pendengar Kontrak Tak Disambung – Linda Onn Kongsi Realiti Dunia Radio

 

Isu penyampai radio Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain menarik perhatian bukan sahaja pendengar malah penyampai radio yang lain.

Ramai penyampai radio berlainan stesen berkongsi cerita mereka di media sosial antaranya adalah Linda Onn.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Linda Onn berkongsi realiti dunia radio terutama berkaitan kontrak penyampai. Linda turut menasihati Tyzo agar teruskan bersabar kerana pintu rezeki yang lain pasti ada menanti bekas penyampai Suria FM itu.

Linda Onn yang juga bekas penyampai radio Suria FM berkongsi pengalamannya bertugas di stesen itu di awal penubuhannya.

“Sebenarnya best kerja kat Suria ni dulu.

“Best sebab strategi team kami berjaya naikkan rating Suria FM. Ingat lagi betapa Linda terkejut bila baru nak sign kontrak dapat tahu pendengar 700 ribu je. Maklumlah kita dah biasa pendengar berjuta-juta.

“Time tu suruh pendengar call pun phone tak berkelip. Tapi berkat usaha gigih team, ada HO (Halim Othman) ada Kudsia ada Adi ada kak Adibah Noor

“Alhamdulillah lepas tu dapat lebih 3 juta pendengar. Terus pendengar recognize Suria FM. Baru sebut topik, line phone menyala non stop! Hehe penangan kitorang dulu,” tulisnya.

Bagaimanapun, jelas Linda di saat stesen tersebut berada di kemuncak terutama bagi segmen yang dikendalikannya, Linda diberitahu kontraknya tidak akan disambung.

“Tapi ye lah kejayaan kadangkala tak sentiasa dibalas dengan keindahan. Bila dah berjaya, kontrak kita tak sambung pula. Padahal tengah rancak tu, show kita paling high rating tu,” luahnya.

Linda juga menjelaskan realiti dunia radio yang tak ramai orang tahu. Segalanya bergantung kepada kontrak stesen radio dengan penyampai radio.

“Yang tahu dunia radio saja tahu. Banyak yang indah tapi segalanya bergantung kepada “kontrak sambung ke tak” no matter u menang ABP 7 Kali sekalipun. Tak membantu ya anak anak,” ujarnya.
Linda sebelum ini pernah bertugas di beberapa stesen radio antaranya ERA, SINAR, Suria FM dan Kool FM.
Sumber : Facebook Linda Onn