“Tiada Sebarang Kenyataan Boleh Dikeluarkan Sehingga Jumaat nanti – Dj Lin

Sejak semalam tular mengenai penyampai radio Tyzo yang dihentikan kontraknya bersama stesen radio Suria FM.

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin bagaimanapun memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyaatan mengenai isu tersebut yang berkuat kuasa sejak semalam.

Menurut Kosmo!, arahan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak pengurusan tertinggi.

“Minta maaf. Saya tidak dibenarkan untuk beri apa-apa kenyataan berhubung isu ini. Saya dapat arahan daripada pihak pengurusan tertinggi. Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan,” katanya.

Menurut DJ Lin juga, satu siding media khas akan diadakan pada 19 Januari depan untuk menjelaskan isu tersebut.

“Insya-Allah, Jumaat depan (19 Januari 2024) kami akan jelaskan semuanya dalam satu sidang media.

“Saya tidak pernah menghampakan wartawan sebelum ini setiap kali mahu mendapatkan komen atau apa sahaja kenyataan. Tapi untuk kali ini, saya minta maaf, tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkansehingga Jumaat nanti,” katanya kepada Kosmo!

Sumber : Kosmo