Surayakini bergelar ibu selepas tujuh tahun menanti kehadiran zuriat

Pasangan yang sudah berkahwin pasti menantikan cahaya mata sebagai anugerah buat perkahwinanan.

Namun bukan semua pasangan berkhwin itu diberikan kemudahan dalam mendapatkan cahaya mata. Baru sahaja melahirkan anak pertamanya selepas tujuh tahun berkahwin, penyampai radio Suria FM, Suraya Borhan, cukup bersyukur kini bergelar seorang ibu.

Dikurniakan cahaya mata perempuan, petang semalam Suraya melahirkan bayi seberat 3.23 kilogram secara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 3.46 petang.

Terdahulu, Suraya dan suami, Mohd Johanif Mohamed Nadzirin sebelum ini meneruskan rawatan bagi mendapatkan zuriat, selepas tiga tahun berkahwin.

Walaupun mengambil masa yang lama akhirnya Suraya disahkan hamil pada Jun lalu selepas melakukan pelbagai usaha selama enam tahun.

Suraya dan Mohd Johanif mendirikan rumah tangga pada April 2013.