SELEPAS 15 TAHUN JADI ARTIS BARU DAPAT JADI DUTA PRODUK ? – DINA NADZIR

Duta SSKlinic, Dina Nadzir sehingga kini telah berjaya menurunkan  berat badan sehingga enam kilogram dalam tempoh empat minggu selepas menjalani rawatan pelangsingan signatur SSSlim di SSKlinic. Dina Nadzir hari ini, berkongsi pengalaman beliau menjalani rawatan pelansingan tersebut di dalam satu majlis bersama media dan blogger di SSKlinic, Damansara 3, Petaling Jaya.

Mengulas lanjut mengenai kejayaan beliau menurunkan berat badannya, kata Dina, “Saya rasa seperti orang baru selepas kehilangan kira-kira enam kilogram dalam masa empat minggu. Sekarang, saya boleh memakai pakaian kegemaran saya kembali! Alhamdulillah. SSSlim telah menunjukkan kepada saya bahawa ia bukan hanya tentang pengambilan makanan yang sihat tetapi bagaimana kita makan dalam jumlah yang betul.”

Perlantikan Dina Nadzir sebagai duta SSKlinic di Malaysia bermula sejak November 2019 yang lalu. Dengan perlantikan tersebut Dina akan berusaha dalam kapasitinya sebagai seorang selebriti untuk mempromosikan program rawatan pelangsingan SSSlim kepada masyarakat Malaysia yang ingin tampil cantik penuh keyakinan.

Pernah menjadi Naib Juara di Musim Pertama Malaysia Idol tahun 2004, dan kini menyambung kerjaya beliau sebagai penyiar radio bersama ERA FM.

 

KECAPI HASIL MAKSIMUM DALAM TEMPOH MINIMUM.

 

SSKlinic menawarkan pelbagai jenis rawatan estetika serta program pelangsingan badan bagi mereka yang mencari solusi untuk meningkatkan kesihatan dan penampilan secara keseluruhan. Terletak di Lembah Klang, SSKlinic merupakan salah satu pemain terawal dalam industri estetika dan pelangsingan yang menyediakan pelbagai jenis rawatan kulit yang tertumpu kepada perubatan dan rawatan pelangsingan yang menyeluruh; yang menggunakan peranti gred perubatan yang memenuhi keperluan semua orang.

 

Setiap rawatan dilakukan oleh sekumpulan doktor, ahli terapi dan pakar kecantikan yang berkemahiran tinggi. Setiap rawatan yang disediakan oleh doktor estetik bertauliah disini, telah  disahkan serta disokong dengan dengan penggunaan teknologi yang terkini serta kemudahan bertaraf dunia untuk keputusan maksimum dalam masa yang minimum.

 

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT MEDIGLOW

 

Rangkaian penjagaan kulit MediGlow digunakan secara eksklusif di SSKlinic. Produk ini dijamin selamat dan telah diuji secara dermatologi dan dibuktikan secara klinikal. MediGlow dibangunkan pada 2009, telah diformulasikan oleh para doktor bertauliah. Produk ini memenuhi piawaian gred perubatan dan sesuai untuk semua jenis kulit pada semua peringkat umur. Diformulasikan dari sumber ramuan terbaik dan unik dari pembekal terkemuka dunia seperti Switzerland, Perancis, Jepun, Korea, AS dan Taiwan bagi memastikan hanya kualiti terbaik diberikan kepada pengguna.

 

KEMPEN ‘PAY AS YOU WISH’**

Sejajar dengan matlamat setiap individu dalam memperbaharui keyakinan diri untuk tahun baru, SSKlinic telah melancarkan kempen terbaru di mana buat semua pelanggan baru kali pertama, layak untuk menikmati rawatan percubaan pertama sekali bernilai sehingga RM 470 ** atau pada mana-mana amaun yang ingin dibayar. Promosi ini hanya untuk pemengang kad kredit sahaja.