Ketiak Abil Jadi Pujaan

Memang betul agaknya netizen di Malaysia ini antara yang kelakar.

Semalam pelakon Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil berkongsi gambar yang menampak bahagian ketiak.

Mungkin ada yang teruja, kebanyakkan komen tidak sekadar memuji kecantikkan kulit Abil tetapi juga turut meminta tips penjagaan kulit di bahagian ketiak daripada pelakon itu.

Malah ada yang mahu Nabila sendiri berkongsi cara penjagaan ketiak memandangkan mahu mendapatkan bahagian ketiak yang putih sepertinya.

Selain bahagian ketiak, memang tidak dinafikan anak kepada penyanyi kumpulan Search ini mempunyai kulit yang cantik.

Malah ketika mereka di luar sana mengimpikan untuk mempunyai kulit yang putih, namun pelakon ini pula menjadi kebanggaan mereka yang mahu kulit sawo matang.

Macam-macam bukan netizen ni.