Hannah Delisha buat kejutan, kahwin dengan Imam selepas lima tahun bercinta

AKTRES manis kelahiran Singapura iaitu Hannah Delisha membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya kini sudah bergelar isteri.

Malalui perkongsiannya di laman Instagram sebentar tadi, Hannah memuat naik dua keping gambar dia dan pasangan yang juga pelakon seberang tambak, Imam Shah.

“Akhirnya, selepas lima tahun. Alhamdulillah.

“I love you Imam Shah,” ringkas tulis Hannah.

Perkongsian Imam Shah di Instagramnya.

Dalam pada itu, Imam turut memuat naik beberapa keping gambar majlis akad nikah mereka di laman sosial Instagram miliknya.

Rakan-rakan selebriti mereka turut sama tumpang gembira atas hubungan yang dibina.

“Baiklah selepas ini saya dah tak perlu berdalih apabila orang tanya apakah status hubungan Hannah dan Imam, saya boleh kata Hannah adalah isteri sah Imam!,” tulis pelakon Erwin Dawson.

“Tahniah! Cantiknya Hannah… Semoga tuhan merahmati hubungan kalian,” tulis Azira Shafinaz.