Diva AA dedah “first date” dengan Ziana Zain 30 tahun lalu.

Sekian lama menyimpan rahsia akhirnya, selebriti Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama Diva AA mendedahkan kisah kali pertama dia membawa penyanyi Ziana Zain keluar bersama.

Berkongsi kisah ini melalui rancangan bersama Dj Nazz di laman YouTube Gegar, kata Azwan kisah yang berlaku hampir 30 tahun ini membuatkan dia berasa seperti penyanyi antarabangsa Justin Bieber sewaktu itu.

Katanya lagi dia turut meluahkan perasaannya kepada penyanyi terkenal 90-an itu. Bagaimanapun impiannya untuk menjadikan Ziana sebagai kekasih ditolak memandangkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Puncak Kasih itu tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Sementara itu ditanya mengapa dia meminati Ziana, tambah Azwan berbeza dengan sekarang, Ziana yang dikenali 30 tahun dahulu adalah seorang gadis yang ringkas.

“Ziana Zain dahulu bukan macam sekarang, dahulu dia seorang yang sempoi. Tetapi sekarang dia terlalu hebat.

“Dia ada sesuatu yang menarik di mata Azwan Ali ketika itu,” tambahnya.