Bukan Malaysia punya, Filipina punya lah

Perkhabaran kemenangan Miss Malaysia menerusi kategori kostum Kebangsaan Terbaik pada Pertandingan Miss Universe 2019 hanya tinggal harapan apabila secara rasmi penganjur program itu mengumumkan Miss Filipina Gazani Ganados sebagai pemenang kategori itu.

Sementara itu dalam mengelakkan kekeliruan, pihak penganjur juga turut menjelaskan pengacara pada malam itu Steve Harvey tidak melakukan sebarang kesilapan ketika mengumumkan kemenangan kepada Filipina.

Menerusi sumber berbeza, Shweta Sekhon yang juga Miss Malaysia hanya diminta berada di atas pentas sebagai satu bahagian untuk siaran pada malam itu.

Shweta salah sangka apabila beranggapan dia sebagai pemenang memandangkan Harvey sudah mengumumkan Filipina sebelum itu. Namun di bahagian produksi sendiri tiada kesilapan yang di buat pengacara.

Sementara itu pakaian Shweta kekal menjadi perhatian kini. Mengangkat tema, ‘A Peranakan Indulgence’, kostum rekaan oleh Carven Ong itu diilhamkan daripada warisan masyarakat Peranakan dan tradisi perkahwinan komuniti itu.