Birthday kita pun nak kita fikir pasal orang ke? – Nora Danish

Tidak tahu siapa yang dimaksudkan aktres ini namun jarang sebenarnya Nora Danish untuk berkongsi rasa marah di laman sosial.

Mungkin terlalu geram, Nora yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiranya menulis di Insta Story bagaimana dia kecewa dengan sikap seseorang yang dikatakan sentap tidak mendapat jemputan ke sambutan hari lahirnya.

“Patutnya sebelum birthday kita dah call tanya apa plan, kalau betul-betullah rasa keluarga.
 
“Ni tak call tak apa, nak sentap. Birthday kita pun nak kita fikir pasal orang ke?
 
“Nak sangat jadi orang yang sensitif tak bertempat kan. Ok meh sekarang I jadi sensitif jugak.

Kata Nora lagi masih ramai orang di luar sana yang perlu dia jaga selain individu yang dimaksudkannya ini.

“Sedarlah wahai kawan. Banyak lagi orang yang penting dalam hidup saya, yang saya nak jaga dan fikirkan.
 
“Kalau rasa diri itu penting, buat macam penting. Bukan muncul setahun sekali, call tak apa tak, wish pun paling lambat.
 
“Lepastu nak sentap! Lambeetttt lagi!” Tulisnya.

Walaupun tidak menyebut siapa, namun tentunya kali ini Nora tidak bergurau dalam menjelaskan dia mempunyai ramai orang yang perlu difikirkan dan jaga. Jadi kepada individu yang dimaksudkan Nora mungkin boleh ambil iktibar ya.

Sumber Instagram : Nora Danish