999 DIBERI SENTUHAN WAJAH ‘VIRAL’

Program jenayah nombor satu negara bakal tampil dengan wajah baharu apabila wartawan Segmen Viral, Sofea Nur Solehha Tun bakal menggantikan Anim Ezati Rizki bermula Selasa, 7 April nanti. Mengekalkan kandungan 999 yang tersedia ada, 999 akan tetap merungkai kes-kes jenayah bersama pihak berkuasa secara eksklusif dalam memberikan pengalaman menyeluruh kepada penonton 

 

Minggu lalu, 999 telah menyediakan laporan eksklusif keadaan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Diraja Malaysia menguatkuasakan Ops COVID-19 seperti diperintahkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan titah Yang Dipertuan Agong. Episod tersebut turut memuatkan laporan bersama KPDNHEP tentang peniaga topeng muka dan ‘hand sanitizer’ yang tidak bertanggung jawab, menaikkan harga barangan dengan harga yang tidak munasabah. Laporan terkini seperti ini akan terus disiarkan dalam 999.

Berita benuh telah kami sediakan dalam Media Kit 999 dibawah untuk kegunaan publisiti pihak Tuan & Puan. Media Kit tersebut mengandungi Siaran Media, Q&A Temu Bual bersama pengacara, Gambar profil Anim Ezati Rizki dan Sofea, serta profil pengacara baharu, Sofea.