Selamat jalan Lee Kwang Soo…

SEJAK semalam, tular beberapa sedutan episod akhir Running Man bersama selebriti terkenal Korea Selatan, Lee Kwang Soo yang mengundang rasa sebak peminatnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa hiba apabila bintang kegemaran Running Man, Kwang Soo terpaksa meninggalkan program realiti yang telah dibintangi sejak 11 tahun lalu berikutan masalah kesihatan yang dialami selepas terlibat dalam kemalangan tahun lalu.

Dalam episod terakhir yang ditayangkan pada Ahad di Korea Selatan, Lee Kwang Soo bersama Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, HaHa, Jae Suk, Suk Jin, So Min dan Se Chan kelihatan gagal menahan sebak.

Sehubungan itu, ramai peminat Running Man yang memuat naik ciapan di Twitter menyatakan perasaan sedih dan sebak kerana mereka akan merindui gelagat dan keakraban Kwang Soo bersama pasukan tersebut.

Apa pun, selamat maju jaya dan semoga Kwang Soo diberikan kesihatan yang lebih baik pada masa akan datang!