“Sedih Mama Dengar Orang Hina Anak dan Menantu” – Ibu Zahirah Macwilson  

 

Ibu kepada Zahirah Macwilson meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila anaknya dihina oleh berwajah seperti bibik oleh Fatiya Latiff.

Menerusi hantaran di Instagram story, Maslinda Yusoff berkata ia merupakan ujian buat anak sulungnya itu. Namun, Maslinda berasa sedih kerana anaknya difitnah ketika Zahirah kini sedang mengandung.

“Semua ini ujian dari Allah. Sabar lah kak @zahirahmacwilson @aimanhakimridza

“Sedih betul mama bila dengar bila orang menghina, mengeji dan buruk-burukkan anak dan menantu mama,”luahnya.

Maslinda juga memberikan kata-kata semangat kepada anak dan menantunya dan menegaskan apa yang dikatakan Fatiya adalah fitnah semata-mata.

“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak tengah mengandung sekarang.” tulisnya lagi.

Sebelum ini Zahirah Macwilson disindir oleh Fatiya Latiff menerusi video yang tular di media sosial. Fatiya juga ada memuat naik hantaran membandingkan dirinya dengan Zahirah ketika kecil.