Kenyataan Rosyam Nor Rumah Pelacuran Perlu, Undang Kecaman

Kenyataan pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuatnaik di Tiktok Suhan Channel mendapat pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat.

“Pusat pelacuran ini perlu,” itulah kenyataan Rosyam Nor yang mengundang kecaman netizen di media sosial.

Rosyam Nor menyifatkan negara ini memerlukan pusat pelacuran bagi warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri masing-masing di negara mereka.

“Sekarang ini pendatang yang datang dekat negara ini ada lebih kurang tiga juta, yang bekerja di negara kita. Bini semua tinggal ni

“Namanya pun lelaki. Kalau dia tak, tak apa, faham maksud saya? Tak keluarkan dia nak ‘tonjol’ kat mana?” katanya.

Menurutnya lagi, perkara tersebut boleh menimbulkan kebimbangan terhadap warga tempatan terutamanya wanita dan boleh mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Dia tengok anak bini kita, anak dara kita lalu. Silap-silap, dia rogol anak dara kita.

“Mereka pun pun duduk di sini, malam-malam tak ada kerja, tengok benda sama juga.

“Tengok porno juga. Jadi, bila ada rumah pelacuran itu, sekurang-kurangnya mereka pergi bayar di sana,” katanya.

Namun, Rosyam menegaskan kenyataan itu hanyalah pendapat peribadinya.

“Itu pandangan saya secara peribadi. Tapi, anda fikirlah sendiri. Mungkin saya salah, mungkin saya betul,” katanya.

 

@suhanchannelofficial Rumah pelacuran ni perlu?! 😱 EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita ♬ original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan