“Saya Dah Ada Bodyguard, Sekarang Perlukan Kekasih” – Cik B

Anak kepada usahawan Dato’ Seri Vida, yang dikenali sebagai Cik B mencuri perhatian ramai selepas memuat naik video berjalan di Kuala Lumpur sambil diiringi bodyguards.

Menerusi video yang mendapat tontonan sebanyak hampir 2 juta di Tiktok, Cik B dikawal rapi oleh empat orang pengawal lelaki serta seorang pengawal wanita.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Boss B (@cikb_havoc66)

Cik B juga mengesahkan yang dirinya kini sudah memiliki pengawal peribadi, namun apa yang diperlukan sekarang adalah kekasih hati.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan kekasih Cik B. Ada juga yang memuji gaya hidup Cik B.

“Saya ada Cik B. Saya sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa

“Bf baru Cik B hadir

“Cik B need lover? Dibayar gaji tak ? Kalau dibayar saya on,” antara komen yang ditinggalkan di ruangan komen.

 

 

@cikb_havoc #CapCut i have a bodyguards but now need a lover😜 #onthisday #fyp #funny #cikb #bodyguard #tiktokmalaysia #starboy #tiktokmalaysia ♬ original sound – cikb_havoc66