Rezeki Ramadan, album Zikir Damba Ketenangan Khai Bahar ‘sold out’ tiga hari berturut-turut!

PENYANYI dengan lantunan vokal yang lunak dan merdu, Khai Bahar baru sahaja muncul dengan album baru berjudul Zikir Damba Ketenangan bersempena Ramadan.

Katanya, album ini merupakan hadiah istimewa untuk peminat beliau yang sudah lama menantikan lagu ketuhanan dan zikir.

Menariknya, album ini mengandungi lima zikir dan satu lagu penuh berjudul ‘Perpisahan’ telah habis terjual selama tiga hari berturut-turut selepas pra tempahan di Shopee sejak 5 April lalu.

Khai Bahar juga menambah, “Sejujurnya, tidak ada sasaran nak jual berapa unit.

Selagi ada permintaan, kita akan terus juga. Bagi album digital pula, insya Allah dalam bulan Ramadan ini sudah boleh dilanggan”.

Selain itu, video muzik lagu Perpisahan juga sudah ditayangkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music sejak 7 April lalu.