Pertama Kali Ke Tanah Suci, Peminat Gembira Lihat Angeline Tan

Pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas memeluk Islam, Angeline Tan memohon doa daripada semua peminatnya.

Angeline Tan berangkat menunaikan umrah ditemani suami tercinta Sabri Yunus menerusi pakej daripada hadiah perkahwinan mereka pada Ahad, jam 7 pagi.

Angeline Tan kerap melakukan hantaran di Instagram sepanjang berada di sana untuk dikongsikan bersama peminat. Rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti turut menitipkan doa dan gembira melihat aktres yang popular dengan sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu.

“Tadi solat di Masjid Nabawi, Madinah. Walaupun disini 24 jam penuh dengan ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Allah tak pernah abaikan sesiapa”

“ Ramai yang kirim doa pada Angeline. Family, kawan-kawan, sahabat-sahabat artis, team crew yang sama-sama berjuang, kawan yang dalam IG dan lain-lain lagi. Angeline janji, Angeline akan doa dan minta dengan Allah yang Maha Kuasa.

“Inshallah. Semoga semua sahabat sentiasa dilindungi dan akan dijemput menjadi tetamu Allah. Semoga Allah akan makbulkan semua doa dan permintaan Angeline.” Tulisnya lagi.

Angeline Tan dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza Sabri Yunus pada 14 Oktober 2023