PM Anwar Ibrahim Umum Rombakan Kabinet Jam 11 Pagi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan yang pengumuman rombakan kabinet akan diumumkan beliau jam 11 pagi ini.

Pengumuman tersebut akan dibuat di pejabatnya sebelum ke Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan.

“Saya akan umumkan senarai rombakan pada 11 pagi dan Istiadat angkat sumpah di Istana Negara pukul 2.30 petang,” katanya Ketika ditemui pemberita selepas perhimounan Kementerian Kewangan pagi ini

Sumber : Astro Awani