Penjaga gol Pulau Pinang “kembar” Aliff Syukri

Sama ada benar kita mempunyai 6 lagi “kembar” di seluruh dunia sukar untuk dipastikan selagi belum bertemu.

Namun bagi Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya netizen sendiri sudah mengakui kembar pertamanya adalah penjaga gol pasukan pulau mutiara , Samuel Somerville 

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter baru-baru ini yang memuatnaik gambar Somerville dengan kapsyen
“Aliff Syukri jadi penjaga gol Pulau Pinang sekarang” mendapat perhatian ramai yang turut bersetuju dengan pendapatnya.

Malah lebih mengejutkan Somerville juga tidak ketinggalan mengakui ramai yang turut memberitahu perkara yang sama kepada dirinya. Sementara itu Somerville yang juga merupakan bekas penjaga gol pasukan Harimau Selatan, JDT nampaknya tidak ketinggalan memberi respon.

” Kalau boleh tag lah saya,” tulis penjaga gol berdarah kacukan England-Malaysia itu.

” Ya, ramai orang beritahu saya perkara itu,” balas Somerville menerusi balasan kicauan.

Korang rasa sama tak?