Pengorbanan Suami Resipi Kebahagiaan Inul Daratista

DIKURNIAKAN anak selepas 14 tahun berkahwin, kongsi penyanyi dangdut, Inul Daratista kepayahan untuk mendapatkan cahaya mata membuatkan dia sangat menghargai perngorbanan suaminya.

Kata Inul kepada The News baru-baru ini, antara rahsia keutuhan perkahwinan berusia 24 tahun ini juga adalah disebabkan kesetiaan suaminya Adam Suseno yang sedikitpun tidak pernah menjadikan kekurangannya sebagai alasan untuk berpisah.

Saya memiliki anak hanya melalui proses tabung uji, jadi dalam tempoh 14 tahun itu memang saya berusaha untuk mendapatkan zuriat walaupun gagal suami tidak pernah terfikir mahu meninggalkan saya.”

Pada suatu tahap juga, dia reda jika sekiranya tiada anak dan masih mahu bersama saya. Melalui kesetiaannya itu membuatkan saya sangat menghargai dia dan mahu perkahwinan kami ini kekal selamanya,” tambahnya.

Bahagia dengan kehadiran Yusuf Ivander Damares yang kini berusia 10 tahun. Kata Inul buat masa ini dia dan suami tidak pernah terfikir untuk mengambil anak angkat. Namun dalam menyeimbangi rasa kasih sayangnya itu kepada anak-anak di luar sana dia lebih suka bersedekah kepada rumah-rumah anak yatim

Suami memang tidak pernah menyatakan mahu mengambil anak angkat buat masa ini.”

“Tetapi sebenarnya saya dan suami memang suka bersedekah kepada rumah-rumah anak yatim yang membuatkan saya cukup bahagia dengan kehadiran anak-anak ini,” katanya.