Aya Soffya Nama Anak Ketiga Wawa dan Aeril

Memilih nama Aya Soffya untuk bakal anak ketiganya pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel memberitahu nama anaknya dinamakan sempena nama sebuah masjid yang terletak Turki.

Kongsi Wawa pemilihan nama ini berlaku secara tidak sengaja apabila mereka berada di Negara itu baru-baru ini.

Saya akan melahirkan anak perempuan, jadi memandangkan ini “anak Turki” jadi kami pilih nama sebuah masjid yang terletak di sana.”

Jujurnya nama ini muncul secara tidak sengaja bila kami nampak nama ini papan tanda ketika berada di sana,” katanya.

Bakal melahirkan anak ketiganya bila-bila masa, kongsi Wawa, buat masa ini dia dan suaminya masih membuat persediaan untuk menyambut kelahiran anaknya ini.

Sementara itu sempena kelahiran anak ketiga ini Wawa turut mengeluarkan produk terbaharu di bawah jenama kosmetik miliknya Wawa Cosmetics.

Ini adalah produk edisi terhad, ada dua satu dinamakan dengan nama anak kedua saya Hayla dan yang lagi satu nama anak yang bakal dilahirkan ini,” katanya.

Terdahulu, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.