Netizen Tidak Senang Melihat Video Kemesraan Fasha, Aidil Dalam Jakuzi

Foto: Kosmo

Kuala Lumpur: Aksi keterlaluan pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz di media sosial mengundang kecaman sekali gus didakwa memberi pengaruh negatif kepada orang ramai terutama generasi muda.

Rata-rata pengikut di Instagram milik Fasha meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelakon itu yang memuat naik video kemesraan mereka ketika sedang berendam di dalam jakuzi.

“Seram lah kandungan macam ini. Kita orang Malaysia. Macam tak sesuai je,” tulis seorang pengikut.

“Rasanya agak keterlaluan perkongsian puan kali ini. Saya rasa mungkin elok kalau tidak dikongsikan daripada tontonan umum,” kata seorang netizen.

“Selama ini saya baca sahaja orang komen, tapi minta maaf, posting kali ini saya setuju dengan netizen. Agak melampaui batas daripada norma seorang perempuan, Melayu, beragama Islam, ibu, isteri. Maaf, niat tidak menghalalkan cara. Semoga maju jaya Fasha dan suami,” kata seorang lagi pengikut.

Perkongsian Fasha sejak sejam lalu itu menerima lebih 300,000 tontonan dan 1,000 komen.

Menerusi perkongsian itu, Fasha turut memberi bayangan ada sesuatu yang akan berlaku pada 16 September ini.

Bagaimanapun kandungan yang dimuat naik tidak memperincikan niat yang dilakukan sebaliknya memberitahu suaminya itu adalah cinta selamanya.

Sumber: Kosmo