Nabila Razali dan Hafiz Hamidun berbaik! Kini netizen nak tengok Janna Nick dan Sheila Rusly pula!

SEPERTI yang sedia maklum, penyanyi Nabila Razali sebelum ini pernah menerima kritikan daripada banyak pihak mengenai kualiti nyanyiannya pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) termasuklah dari komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun.

Namun, bersempena Hari Raya Aidilfitri, Nabila dan Hafiz telah muncul bersama dalam rakaman program Melodi Raya 2021 episod 1 yang disiarkan di TV3 pada Ahad.

Kedua-dua penyanyi tersebut muncul dalam segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih dan dimana ia sangat sesuai bagi mereka melupakan dan memohon maaf mengenai kisah kurang enak yang pernah terjadi diantara mereka.

Tulis meloditv3 di ruangan kapsyen, “Segment Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih juga mempertemukan @nabila.razali dan @hafizhamidun dalam MELODI RAYA 2021 Episod 1, 16 Mei 2021 (Ahad) 12 Tengahari hanya di TV3 ♥️ #MelodiRaya2021″.

Walaupun ramai yang meluahkan rasa senang kerana mereka berdua sudah berbaik. Di ruangan komen, terdapat beberapa individu yang mahu melihat pengacara rancangan Melodi, Janna Nick berbaik semula dengan pelakon dan penerbit, Sheila Rusly.

Difahamkan, ini kerana Janna dan Sheila sebelum ini mempunyai hubungan yang sangat akrab dalam tempoh yang lama. Namun kini, mereka sudah lama tidak kelihatan bersama.

Waoh! Terbaik juga cadangan yang disuarakan peminat! Sebab mesti ramai yang tertanya bagaimana hubungan antara Janna dan Sheila sehingga hari ini.