Siapa Mr Bie ?

    “AISYAH ISTRI RASULULLAH”, merupakan single pertama Mr Bie di
    bawah naungan Map Music. Mr Bie atau nama sebenar beliau Hasbi Haji Muh.Ali
    adalah seorang penyanyi nasyid indie yang berasal dari kumpulan Feelhoney. Feelhoney merupakan nama kumpulannya yang disertai oleh lima (5) orang penuntut
    Universiti Malaya yang telah lama bergerak secara sendiri. Mr Bie, kemudiannya mengembangkan bakatnya melalui platform Youtube, iaitu
    menghasilkan parodi yang menjurus kepada lirik yang diubah berbentuk nasihat dan
    teguran. Hampir kesemua lirik lagu yang dinyanyikan Mr Bie diubah mengikut
    kesesuaiannya dan berkonsep ketuhanan.
    Lagu Aisyah Istri Rasulullah yang bergenre nasyid ini adalah hasil ciptaan
    daripada beliau sendiri. Lirik diolah dari lagu Aisyah yang dinyanyikan oleh Projector
    Band. Lagu Aisyah Istri Rasulullah ini menceritakan tentang kisah cinta antara Aisyah
    dan Rasullulah SAW. Lirik yang menyentuh hati dan naluri, penuh perasaan kasih dan
    sayang pasti memukau pendengar di luar sana. Aisyah Istri Rasulullah dilancarkan pada April 2020 di semua platform digital
    muzik. Diharapkan lagu ini mendapat tempat di hati peminat dan sokongan daripada
    para media. Teruskan menyokong Mr Bie untuk terus mewarnai industri muzik.