Pernah viral sampai Christina Aguilera pun ‘repost’ video, Nuha Bahrin dedah sebenarnya lagi banyak kena kutuk daripada dipuji!

MASIHKAH anda ingat akan video seorang penyanyi muda kelahiran tanah air yang pernah tular sehingga video tersebut berjaya mencuri perhatian penyanyi antarabangsa Christina Aguilera yang memuat naik semula video nyanyiannya di lama sosial Instagram? Penyanyi tersebut iaitu Nuha Bahrin akhirnya kini melancarkan single pertamanya berjudul XSEMPRUNA.

XSEMPURNA secara keseluruhannya memaparkan pengkisahan sebenar yang dilalui oleh penyanyi Nuha Bahrin dimana dia menjadi mangsa cercaan dan ejekan di media sosial selepas persembahannya dalam satu program televisyen mendapat perhatian tular tahun lalu.

Nuha papar kisah menjadi mangsa cemuhan menerusi lagu XSEMPURNA.

“Makna lagu ini juga merangkumi perjalanan saya menjadi penyanyi dan artis yang sangat baru dalam industri muzik dan bagaimana saya telah belajar banyak perkara pada masa lalu. Itu adalah pengalaman manis yang sangat pahit. Bagi saya itu adalah salah satu rahmat terbesar saya kerana Allah menguji saya seperti itu,” kata Nuha.

“Saya memperoleh lebih banyak pengetahuan daripada orang di sekeliling saya, membimbing saya untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, dan benar-benar menunjukkan betapa orang benar-benar peduli terhadap saya. Sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang saya tidak tahu dan saya sangat berterima kasih untuknya” tambahnya.

“Proses penggambaran kami terpaksa diawalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan akan bermula. Dengan keputusan pada saat akhir pihak produksi bertungkus-lumus menyelesaikan penggambaran sebelum jam 12 pagi. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai orang-orang yang menolong saya semasa penggambaran. Allah sahaja dapat membalas jasa baik semua pada hari itu” tambah Nuha lagi.

XSEMPURNA mendapat sentuhan komposer terkenal iaitu Ezra Kong dan merupakan hasil gabungan kerjasama diantara BeeGood Music dan Universal Music Malaysia.