Duduk Rumah Pun Boleh Tonton Konsert

Konsert Rumah Kita Syurga Kita bahagian satu yang dibawakan syarikat rakaman 17Eleven Music pada 8 April lalu mendapat sambutan hangat dan maklum balas positif.

Malah, konsert yang ditayangkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music itu adalah yang pertama seumpamanya dalam negara sekali gus memberikan warna baru pada industri hiburan tempatan.

Bukan satu, tapi konsert ini akan dijayakan dalam tiga siri yang mana bahagian kedua pada 15 April dan ketiga pada 22 April, jam 3 petang di saluran YouTube sama.

Menariknya, siri dua dan tiga konsert ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada stesen radio popular, Hot FM.

Bertepatan dengan tagline Muzik Paling Hangat, siri dua dan tiga konsert ini turut menampilkan barisan penyanyi popular dengan lagu hangat mereka.

Antara yang terbabit pada bahagian kedua konsert ialah Achey menerusi lagu Yang Terindah, Neon Band (Kaca), Adzrin (Bagai Lagu Indah), Izzal Anuar (Lumpuh), Adly Sofwan (Agenda) dan Izaan (Merindu).

Bahagian tiga pula antaranya, Farahdhiya, Amylea, Siti Nordiana, Zulin Aziz, Syafiq Amdoi dan Mimi Manan.

Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali berkata, pihaknya menyambut baik sekali gus memberikan sokongan kepada pihak yang ingin membawakan hiburan kepada masyarakat melalui platform digital.

“Kita boleh lihat pelbagai pengisian kreatif di platform digital disajikan artis tempatan dan kami di Hot FM memberi sokongan penuh kepada mereka yang sama-sama ingin menghiburkan masyarakat melalui platform digital.

“Dengan adanya kolaborasi bersama syarikat 17Eleven Music ini, kami mengharapkan isi kandungan yang kreatif melalui nyanyian dan temubual bersama artis, peminat muzik tempatan akan terus berada di rumah untuk berhibur bersama keluarga.

“Ini juga peluang terbaik kami dan artis untuk terus berkarya demi peminat mereka pada bila-bila masa,” katanya.

Bagi vokalis Neon Band iaitu Ezwan Ariff, pembabitan mereka pada konsert ini bukan saja memberikan hiburan, tetapi dapat mendekatkan diri dengan peminat.

“Kami sangat berbesar hati dapat turut sama dalam Konsert Rumah Kita Syurga Kita. Kemunculan kami bersama rakan artis di 17Eleven Music pada konsert ini bukan sahaja untuk menghiburkan peminat muzik yang berada di rumah, tapi dapat juga membantu artis untuk lebih dekat dengan masyarakat.

“Malah, ia membolehkan kami berinteraksi bersama mereka menerusi live chat. Semoga konsert ini sedikit sebanyak boleh memberi senyuman kepada yang menonton nanti.

“Kami juga secara tak langsung ingin memberi pesanan kepada orang ramai supaya terus berada dan duduk di rumah dan sama-sama kita memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini,” katanya.

Sependapat dengan Ezwan, Siti Nordiana juga menyifatkan konsert ini adalah platform terbaik buat semua penyanyi menghiburkan peminat yang rindukan persembahan daripada artis kesayangan mereka.

“Tidak dinafikan, sepanjang PKP ini semua penyanyi tidak membuat persembahan. Banyak program ditunda dan dibatalkan. Jadi, platform digital atau laman sosial medium terbaik untuk peminat mendekati artis.

“Jadi, apabila pihak 17Eleven Music dengan kerjasama Hot FM membawakan siri kedua dan ketiga konsert ini, bagi saya ia sesuatu yang menarik.

“Saya mengandaikan ia persembahan live kerana turut memberi peluang peminat menyertai sesi live chat sepanjang konsert berlangsung. Saya juta tidak sabar nak berjumpa dengan semua peminat yang sering bertanya bila saya nak buat persembahan lagi.

“Apa pun, kita nantikan 22 April ini dan sebelum itu saksikan rakan artis lain pada 15 April ini,” katanya.

Terdahulu, menerusi bahagian satu konsert itu, peminat dihiburkan dengan persembahan daripada Khai Bahar, Dinda Permata, Farisha Irish, The Mirza dan Kamelia Syermain.

Klik link ini untuk terus ke ‘Konsert Rumah Kita Syurga Kita’ di bawa khas oleh 17Eleven Music dan Hotfm di sokong oleh Donna, Lunaria dan TheLaki: https://youtu.be/CksemjrbMQU

Most Popular

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...