Denden Gonjalez dedah seakan masih bermimpi dapat bersama Search – “Dulu hanya dapat dengar petikan abang Din melalui kaset”

VOKALIS kumpulan Search, Denden Gonjalez mendedahkan dia sehingga kini berasakan seakan bermimpi dapat membuat persembahan atas satu pentas bersama kumpulan rock legenda itu.

Denden, 39, mendedahkan perkara itu dalam satu perkongsiannya di laman Instagram pada Khamis.

“Dulu saya hanya mampu mendengar petikan gitar abang Kid daripada kaset bajakan (kaset cetak rompak) kerana tak mampu yang asli.

“Namun kini saya berada satu pentas bersama mereka. Terasa bagaikan mimpi dapat menyanyi bersama iringan petikan gitar abang Kid,” tulisnya di Instagram.

Jelas Denden lagi, setiap petikan daripada Kid dan Din seakan sangat ‘bernyawa’ dan berjaya menghidupkan suasana dalam konsert yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Malah dia menyatakan rasa merinding yang masih dirasakan sehingga kini.

“Dengarkan petikan gitar abang Kid dan Din yang sangat bernyawa seakan akan menceritakan isi hatinya.

“Di setiap penghujung teriakan saya disambut alunan suara guitar abg kid yang sungguh syahdu😭 i really feel that brother!!

“Tambahan lagi dengan petikan bass daripada Yan dan paluan dram daripada Minn.

“Goosebumps dari awal lagu ini hingga ke penghujung,” tulis Denden lagi.

Anak kelahiran Indonesia ini turut meluahkan rasa syukur atas kejayaan konsert yang berlangsung dan berharap dapatmenghiburkana lagi peminat Search.

“Terima kasih untuk best moment ini abangku, semoga kita segera dapat menghibur semua fans sejati Search because u mean the world to them.

“Tetap lah teguh my big bro,” tambahnya.

Search yang dibarisi Din (pemain gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) dan Denden sebagai vokalis menjayakan Konsert Search Rockin’ On Rooftop dengan kehadiran lebih lebih 3,000 peminat.

Konsert yang berlangsung pada di bumbung Kompleks Campbell, Kuala Lumpur itu turut berjaya mengumpul peminat dari Singapura dan Indonesia.

Konsert pastinya menjadi satu kenangan terindah dengan kemunculan Ratu Rock, Ella yang mempersembahkan dua lagu iaitu Melayar Bahtera dan Bayangan iaitu duet bersama Denden.

Search menyampaikan keseluruhan 17 buah lagu buat peminat.

Kumpulan legenda ini ditubuhkan lebih empat dekad sejak 1981 kini berpecah dua gara-gara konflik dalaman kumpulan itu.