Amir Masdi pertaruh Asmara

Ternyata gelaran juara Akademi Fantasia (AF) 2016 tidak membuatkan perjalanan seni Amir Masdi atau pemilik nama sebenar Amir Syazwan Masdi lebih mudah.

Hampir empat tahun berhempas pulas meletakkan nama dalam industri ini, ada yang boleh dibanggakan Amir apabila bakal keluar dengan single kelima berjudul Asmara.

Berkongsi mengenai single terbaharunya ini, kata Amir dia cukup teruja dengan kerjasama yang dijalankan Nova Music dan Seventeen Eleven Music dalam penerbitan dan pemasaran Asmara.

Malah peluang yang diberikan untuk menjadikan lagu Asmara sebagai OST drama ‘Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis’ lakonan Nafiz Muaz dan Uqasha Senrose juga dilihat sebagai langkah yang baik untuk didirinya mengukuhkan kedudukan di dalam industri.

“Bagi saya, untuk terus kekal relevan dalam industri, kita harus merebut setiap peluang yang tiba.

“Saya bersyukur kerana masih ada yang yakin dengan bakat dan potensi saya,” sementara itu Drama bersiri Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis 24 episod ini akan mula bersiaran pada 24 Disember ini di slot drama terbaru ‘Drama Vaganza’ di Astro Ria.

Sementara itu Asmara’ merupakan hasil ciptaan komposer terkenal Ikhwan Fatanna, Ayden Ali dan John Jeevasingham.

Manakala lirik pula ditulis oleh trio komposer ini bersama penerbit drama ‘Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis’ iaitu Arisz Ab Rahman.

Asmara terbitan Nova Music dan Seventeen Eleven Music ini boleh didapati di kesemua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula hari ini.