Akhirnya didedahkan! Ini kisah sebenar lagu ‘viral’ TikTok “dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa”

SEJAK beberapa minggu lalu, buka saha laman media sosial, pasti kedengaran bait lirik lagu “dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa”.

Umpama satu hiteria yang membawa fenomena, lagu yang diberi judul Cinta Sampai Mati sebenarnya dinyanyikan anak kelahiran Depok, Jawa Barat, Indonesia iaitu Raffa Aldiansyah. 

Dia adalah selebriti muda yang berjaya serta mempunyai ramai pengikut di media sosial. 

Dan itu terbukti dengan mempunyai lebih dari 4 juta pengikut di aplikasi media sosial ‘TikTok’.

Raffa Aldiansyah

Namanya juga semakin dikenali di kalangan masyarakat Malaysia apatah lagi di Indonesia menerusi single sulungnya yang berjudul ‘Cinta Sampai Mati’.

Single ‘Cinta Sampai Mati’ ini adalah single sulung Raffa, yang merupakan ciptaan Ayu Rizki Yani, isteri kepada Dodhy gitaris kumpulan Kangen Band dan di lancarkan di bawah label muzik Hayat Kreatif Studio untuk pasaran Malaysia, Brunei serta Singapura sahaja manakala untuk pasaran di Indonesia dan lain – lain negara di lancarkan dibawah label muzik  Botram Media Entertainment.

Raffa mengaku, sudah lama ingin mempunyai single original sendiri, dan terwujud pada single ‘Cinta Sampai Mati’ dan Raffa berharap single ini di sukai orang ramai.

Raffa yang dikenal dengan suara unik dan wajah kacak ini membawakan genre lagu – lagu yang berkonsepkan ketuhanan mahupun selawat serta nasyid. 

Pada asalnya , single ini diberi judul ‘Dengarkanlah’

Selain membawa genrenye tersendiri , beliau gemar ‘cover’ lagu lain yang popular untuk dimuat turun ke dalam akaun media sosialnya.

Pada asalnya , single ini diberi judul ‘Dengarkanlah’ oleh penulis lirik sebelum diputuskan oleh label Botram Media Entertainment untuk judul yang lebih Universal , agar lagu ini dapat disampaikan mesej nya yang mempunyai maksud cinta kepada kedua ibu bapa yang masih ada mahupun yang telah tiada , kepada keluarga , dan kepada pasangan , maka terciptalah judul baru yang mempunyai lirik baru dalam lagu ini seperti ‘Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdo’a. 

Oleh itu , menjelang pelancaran lagu ini , judul diberi ‘Cinta Sampai Mati’ . 

Single ini antara single pertama berkolaborasi di antara Hayat Kreatif Studio dengan Botram Media Entertaintment . Untuk single perdana ini, Raffa telah cuba hasilkan genre musik yang sedikit berbeza dengan lagu-lagu viral. 

Dengan harapan kehadiran raffa mampu memberi nuansa baru, dan saat ini lagu ‘Cinta Sampai Mati’ nyanyian asal oleh Raffa sudah boleh dinikmati di seluruh platform muzik dan boleh ditonton video muziknya di saluran youtube Hayat Kreatif Studio .