Malique Kembali Beraksi Diiringi Ernie Zakri Dan Aman Ra Dalam Soundtrack Polis Evo 3

Malique, penyanyi rap terkenal Malaysia yang sudah lama menyepikan diri dari industri muzik, kini kembali menyajikan peminat yang sudah pastinya merindui beliau dengan lagu terbaru berjudul ‘Ayuh’, juga menampilkan rapper ‘budak flat’, Aman Ra dan penyanyi kecil terkenal bersuara lantang, Ernie Zakri.

Lagu berdurasi 3 minit 59 saat itu diterbitkan dan ditulis oleh Malique dan hasil kolaborasi bersama produser hiphop terkenal Tripdisz.

Yang lebih menjadikan lagu ini ‘special’ adalah kerana Ernie telah berguru dengan Malique sendiri untuk belajar cara yang betul untuk menyampaikan satu ‘verse’ rap yang ditulis khas untuk Ernie sampaikan di dalam lagu tersebut.

Lagu ‘Ayuh’ ini juga merupakan ‘soundtrack’ kepada edisi ketiga filem ‘Polis Evo’, lakonan Zizan Razak dan Shahiezy Sam yang berjudul Polis Evo 3.

Dua edisi terdahulu filem Polis Evo telah menampilkan SonaOne, Joe Flizzow dan Altimet yang diberi tanggungjawab untuk menghasilkan ‘single’ untuk filem tersebut. Dua lagu yang berjudul Evo dan Sang Saka Biru telah dihasilkan oleh artis artis berkenaan dan menjadi fenomena dalam industri muzik tanahair.

Filem Polis Evo 3 akan ditayangkan di pawagam pada 25 Mei 2023 ini di pawagam.

Sumber : MediaLah | Gambar : myinfotaip, gempak, kosmo