“Lain Anak, Lain Ujiannya” – DSV Geram Marissa Kahwin Suami Orang

 

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida tidak dapat menahan rasa geram dan marahnya dengan tindakan anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi yang didakwa bernikah di Songkhla, Thailand.

Datuk Seri Vida (DSV) melalui hantaran di Instagramnya semalam, meluahkan rasa geramnya kerana Marissa sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain dan menjadi isteri kedua.

“Kita sebagai mak ni geramnya kenapalah kamu pergi nikah dengan orang seperti itu. Bukannya ada duit rasanya

“Duit nombor dua. Lepas tu menjadi madu orang. Menyondol. Buat apa?

“Saya sebagai mak rasa sakit je. Tak tahu mak ayah sebenar dia rasa macam mana,” luahnya menerusi video tersebut.

Bagaimanapun, DSV mendoakan agar urusan Norman dan Abby Abadi dimudahkan.

“Saya pun ada anak perempuan. Lain anak, lain ujiannya,” tulis DSV di ruangan kapsyen.