Kutipan Tiket Filem ‘Barbie’ Cecah RM4.56 Bilion

Foto : Perthnow

LOS ANGELES –  Hanya dalam masa tiga minggu ditayangkan di  layar perak, filem Barbie arahan sutradara wanita, Greta Gerwug  sedia melepasi angka AS$1 bilion (RM4.56 bilion) dalam jualan tiket global, lapor akhbar New York Post semalam.

Kutipan tiket itu memecahkan rekod untuk seorang  pengarah wanita yang sebelum ini dipegang oleh Patty Jenkins. Filem arahan Jenkins,Wonder Woman mencatat kutipan tiket lebih AS$800 (RM3.6 juta).

Filem komedi anak patung Barbie yang diarahkan dan ditulis bersama oleh Gerwig menambah kutipan tiket sebanyak AS$53 juta (RM237 juta) lagi di 4,178 lokasi di Amerika Utara pada hujung minggu lalu, demikian menurut anggaran studio-studio perfileman.

Barbie lakonan aktres Margot Robbie masih selesa menduduki tempat pertama selama tiga minggu berturut-turut. 

Dalam sejarah ‘box-office’ moden, hanya 53 filem pernah menjana kutipan lebih AS$1 bilion. 

Kutipan tiket Barbie juga telah melepasi filem  Captain Marvel di Amerika Syarikat. – AGENSI