Tiba-tiba kena maki, Zayn Malik bergaduh sampai ‘tertanggal’ baju

PENYANYI terkenal, Zayn Malik dilapor bergaduh dengan seorang pengunjung bar di Manhattan, New York pada pagi 5 Jun.

Suami kepada Gigi Hadid itu bergaduh mulut sehingga menyebabkan kekecohan di bar berkenaan.

Menerusi laporan, Zayn, 28, dikatakan keluar untuk menghisap rokok di hadapan kelab tersebut sebelum sekumpulan lelaki dari bar bersebelahan datang menghampiri dan tiba-tiba melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

Merasa terganggu dengan seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya, Zayn membalas semula dengan kata hinaan sehingga menyebabkan mereka hampir bertumbuk.

Walau bagaimanapun, keadaan itu berjaya diselamatkan orang awam yang berada di situ.

Menerusi video yang tersebar dapat dilihat Zayn berada dalam keadaan tidak berbaju ketika pergaduhan itu berlaku.

Sehingga kini, Zayn masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab tentang insiden tersebut.