Guru bahasa Inggeris dedah alasan kenapa ramai K-Pop idol nak ada kemahiran berbahasa Inggeris macam Jennie BLACKPINK!

GURU bahasa bagi K-Pop idol baru-baru ini mendedahkan alasan mengapa ramai pelajar bahasa di Korea mempunyai impian agar mampu bercakap dalam bahasa Inggeris seperti Jennie BLACKPINK.

Ketua pegawai eksekutif JIGOOUH, Heo Woo Seong dan guru bahasa Inggeris, Dasom yang menjadi tetamu di rancangan Youtube AYO berbicara mengenai pengkhususan diri dalam perkhidmatan bahasa asing dalam kalangan K-Pop idol dan mereka merungkai mengenai beberapa perkara mengenai cara bercakap dalam bahasa Inggeris.

Dalam video tersebut, mereka juga turut berbincang mengenai cara sebutan bahasa Inggeris Jennie dan kebanyakan dari rakyat Korea yang baru mengetahui bahawa dalam bahasa Inggeris terdapat banyak aksen.

Dasom menjelaskan bahawa Jennie mempunyai aksen Amerika dan New Zealand, manakala bagi anggota BLACKPINK, Rosé pula aksen Australia memandangkan dia berasal dari negara tersebut.

Selain dari itu, dia juga turut menerangkan bahawa setiap negara memiliki aksen Inggeris yang berbeza.

Dalam pada itu, Heo Woo Seong juga berpendapat bahawa Jennie memang mampu berbahasa Inggeris dengan baik dan menurutnya terdapat ramai K-Pop idol yang mahu mempunyai kemahiran seperti Jennie iaitu mampu berbahasa Inggeris dengan baik.

“Jadi ramai orang yang mengatakan kepada kami bahwa mereka ingin berbicara bahasa Inggeris seperti Jennie. Tetapi kami cuba mencari aksen yang sesuai dengan karakter mereka tersendiri dan mengajar mereka dengan aksen yang berbeza”, katanya.

Walaupun begitu, mereka juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri dan mereka cuba berusaha untuk menyesuaikan aksen setiap pelajar dari kalangan K-Pop idol dengan karakter masing-masing.